Tuesday, September 9, 2014

Mak!!! Nak Jam!!!

Ada skali tue aku taknak keluar dari kedai sebab berkenan kat satu jam tangan. Jam tu murah jer pun rasanya bawah RM10. Jam tangan digital siap dalam bungkusan plastik siap staple kat kad gantung di dinding.

Mula-mula mak memang taknak beli. Tapi lepas dok asyik merayu-rayu kat mak akhirnya dapat jugak heheh. Sian mak. Kami bukannya orang senang.

Erm.... apa la aku dulu-dulu nih.

Sunday, September 7, 2014

Mandi Hujan

Dulu-dulu kalau anak-anak menakan aku (anak saudara) balik kampung, aku lah yang paling seronok. Ya la kan, aku, suhaimi, samsul dan fazli hampir sebaya. Beza hanya setahun dua saja.

Kalau hujan memang lah sangat heaven! Keliling rumah kami berlari-lari, abis berselerak buluh pelantar rumah siap ada yang patah. Masa tue tak peduli langsung air taik ayam ke, taik lembu ke, taik kambing ke mahupun taik orang!

Time hujan jugaklah nak tangkap anak-anak ikan bila air parit melimpah. Tak ingat dah apa nama anak ikan tue tapi ada tanda putih kat bahagian atas kepala.

Budak-budak sekarang nie jangan haraplah... kalau diorang yang tak asyik dengan henfon, mesti mak bapak diorang yang tak bagi!

Alahai rindunya zaman dulu...

Saturday, September 6, 2014

Mengamuk

Aku tak ingat dah kenapa aku mengamuk dan melalak menangis kat tangga rumah aku satu hari tue. Tapi yang pasti aku ingat mak kata...

"Zali kalau teriak mesti nak bagi rosak barang!"

Betul la tue apa mak aku kata. Dulu-dulu time aku mengamuk apa yang ada kat tangan mesti aku nak jahanamkan. Biasala tak boleh dapat apa yang aku nak. Anak bongsu la katakan hehehe

Thursday, September 4, 2014

Perang!!!

Sungai baru jer lepas korek dan dibersihkan. Apa lagi time nie la paling best kalau nak main perang-perang dengan geng sekampung. Dapat segumpal tanah terus lawan-lawan baling. Sapa kena dia mati.

Biasanya aku, zakri, amran dan ramai lagi yang aku dah tak ingat dah akan main sama-sama. Nama sungai tue, Sungai Pasir yang juga nama kampung aku, Kampung Sungai Pasir. Yang bestnya dengan sungai nie, tak luas, tak dalam, dasar berpasir dan tebing yang tak tinggi.

Serang!!!! Pelepap!!! (Tanah kena kat muka)

Cinta Monyet?

Masa masuk form 1 di Sekolah Menengah Mahang (sekarang SMKM) tahun 1993... asyik kena gosip dengan sorang budak pompuan nie. Cun jugak. Baik pulak tue. Nama dia Yati.

Asyik-asyik dok dikenen-kenenkan dengan dia. Lepas tue ada kawan cakap Yati kirim salam. Aku pulak jenis malu-malu. Taknak dengar dan takmau percaya. Tapi dalam kelas asyik terpandang-pandang dia masa cikgu dok di depan. Rasanya masa tue memang jantung dah dup dap bila tengok dia. Rasanya dah start suka kat Yati tapi aku masih jual mahal, tak mengaku dan takmau layan.

Masuk form 2, masuk sekolah sekejap aku pulak yang kena pindah sekolah ke MRSM Gerik. Dah kena berpisah pulak dengan Yati... bila kat MRSM gerik baru la aku berani kirim salam kat Yati. Tak lama lepas tue siap kawan aku sampaikan pesan dari Yati... dia dah ada boyfren. Sapa suruh jual mahal dulu.

Frust!!! :(

Wednesday, August 27, 2014

Baju Kemeja Lengan Panjang

Tengah bercakap-cakap dengan mak pada suatu petang tiba-tiba terberitahu mak yang aku tak pernah pakai baju lengan panjang.

"Cek takdak lagi baju tangan panjang"

Seminggu lepas tue terus mak bawak balik sehelai baju kemeja lengan panjang suruh aku try. Warna pink lagi! (><)

Sunday, August 24, 2014

Jom ke Kedai!

Masa kecik-kecik dulu, tengah seronok-seronok bermain-main dengan kawan-kawan sekampung di tepi jalan, tiba-tiba mak datang dengan bakul shoppingnya, siap dengan baju aku, sikat, minyak rambut dan bedak! Walaupun lelaki tetap kena pakai bedak! (Mungkin itu rahsia kulit muka halus sampai tua-tua nieh :p) Disiapkannya aku di tepi jalan dan di bawa sama-sama ke kedai. 

Bakul shopping mak dulu lebih kurang macam nielah!
Yang paling best selepas siap, bukannya dipimpin aku untuk naik kereta, motor atau basikal, dipimpinnya tangan aku untuk sama-sama jalan kaki yang jauhnya lebih kurang 10km dari kampung ke jalan besar untuk tunggu bas ke Pekan Mahang! Hohoho... Biasa la dulu-dulu jalan kaki jauh-jauh. Sekarang jer manja lebih. Tue sebab perut pun boyot sekarang nie.

Mak pulak jenis cepat mabuk kereta (pening dan muntah). Tapi mak jenis yang cekal dan kuat. Bayangkan, masa pergi bolehlah melenggang jer tangan kosong tetapi masa balik, dengan peningnya, barang-barangnya, jalan kaki lagi, bawak aku pulak. Bukan senang ok nak ke kedai nak beli barang-barang keperluan dapur atau rumah. 

Kenapa mak yang ke Pekan Mahang? Sebabnya bapak tak berapa sihat dan biasanya mak yang akan pergi ke Mahang atau ke Kulim. Bapak biasanya akan berbasikal setakat ke kedai runcit di tepi jalan sahaja. Lebih dari tue, memang mak tak bagi sebab bapak tak sihat. Tapi masa tue memang tak amik tau pun kenapa mak yang ke pekan dan bukannya Bapak. Dah besar baru tahu kenapa!