Saturday, August 23, 2014

Kerana Kambing

Kenapa kambing? Ya, kerana kambing aku dimarahi mak dan inilah leteran paling yang aku ingati sehingga saat ini. Seingat aku, aku sangat jarang kena marah dengan mak. Biasalah, anak bongsu kesayangan mungkin hehehe. Kisah nie berlaku masa aku masih bersekolah rendah rasanya tapi tak ingat berapa umur.

Diimbas kembali. Hari sudah petang dan baru lepas hujan tapi masih renyai-renyai. Kebiasaan setiap petang, mak akan mencari kambing-kambing dan lembu-lembu peliharaan untuk dimasukkan dalam kandang dan ditambat dekat dengan rumah. Lembu memang senang diurus kalau sudah jinak. Hanya umpan dengan air garam sampai ke depan pintu rumah dia ikut! Tapi jangan  main-main dengan kambing. Walau jinak dan manja tapi degilnya memang buatkan kita hilang sabar. Kalau dia taknak balik, memang dia taknak balik. Walau tali di leher dah ditarik sekuat hati, kambing-kambing tetap tak berganjam. Lagi ditahan kaki pada tanah.

Petang itu, mak dan abang mencari kambing-kambing dan rasanya kambing-kambing masih sibuk meragut dalam pagar tanah orang! Tapi tanah nie masih belum diusahakan, sekadar penuh dengan semak samun kegemaran kambing-kambing. Bukan main liat lagi taknak balik. Tengah aku leka menonton kartun di tv, kedengaran suara mak tengah berleter. Berleter kat aku tue... 

 "Tengokla tv tue!" 

Panjang lagi tapi dah tak ingat dah. Uwaaahhh sentap ok!

Dan mulai hari itu, aku menjadi seorang pengembala kambing tetap pada setiap petang tanpa bayaran ya tuan-tuan sehinggalah aku masuk ke MRSM Gerik pada tahun 1994. Sampai hari ini aku masih berminat untuk menjadi pengembala kambing kerana bagi aku, aku rasa agak mudah membela kambing dan hasilnya agak lumayan.

No comments:

Post a Comment