Sunday, August 24, 2014

Jom ke Kedai!

Masa kecik-kecik dulu, tengah seronok-seronok bermain-main dengan kawan-kawan sekampung di tepi jalan, tiba-tiba mak datang dengan bakul shoppingnya, siap dengan baju aku, sikat, minyak rambut dan bedak! Walaupun lelaki tetap kena pakai bedak! (Mungkin itu rahsia kulit muka halus sampai tua-tua nieh :p) Disiapkannya aku di tepi jalan dan di bawa sama-sama ke kedai. 

Bakul shopping mak dulu lebih kurang macam nielah!
Yang paling best selepas siap, bukannya dipimpin aku untuk naik kereta, motor atau basikal, dipimpinnya tangan aku untuk sama-sama jalan kaki yang jauhnya lebih kurang 10km dari kampung ke jalan besar untuk tunggu bas ke Pekan Mahang! Hohoho... Biasa la dulu-dulu jalan kaki jauh-jauh. Sekarang jer manja lebih. Tue sebab perut pun boyot sekarang nie.

Mak pulak jenis cepat mabuk kereta (pening dan muntah). Tapi mak jenis yang cekal dan kuat. Bayangkan, masa pergi bolehlah melenggang jer tangan kosong tetapi masa balik, dengan peningnya, barang-barangnya, jalan kaki lagi, bawak aku pulak. Bukan senang ok nak ke kedai nak beli barang-barang keperluan dapur atau rumah. 

Kenapa mak yang ke Pekan Mahang? Sebabnya bapak tak berapa sihat dan biasanya mak yang akan pergi ke Mahang atau ke Kulim. Bapak biasanya akan berbasikal setakat ke kedai runcit di tepi jalan sahaja. Lebih dari tue, memang mak tak bagi sebab bapak tak sihat. Tapi masa tue memang tak amik tau pun kenapa mak yang ke pekan dan bukannya Bapak. Dah besar baru tahu kenapa!

No comments:

Post a Comment